-
SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)
- SPBT ialah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak sekolah dan Jabatan
Pendidikan Melaka untuk membantu pelajar yang tidak mampu membeli buku teks.
Semua buku SPBT adalah milik Jabatan Pendidikan Melaka.
- Pengumpulan buku SPBT biasanya dijalankan pada akhir tahun 1 atau 2 minggu
sebelum cuti penggal akhir bermula atau semasa cuti (jika perlu) dan diedarkan
pada awal tahun selepas sekolah dibuka semula. Walau bagaimanapun, aktiviti
ini akan dijalankan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.
Kaedah menjalankan aktiviti pengumpulan dan pengedaran buku SPBT
- Pertama sekali, buku-buku teks perlu dikumpulkan dari semua kelas dan kumpulkannya
di makmal sains tertentu.
- Apabila semua buku dikumpul, pengawas Pusat Sumber akan membahagikan buku-buku
tersebut kepada tingkatan dab seterusnya kepada matapelajaran.
- Buku-buku yang koyak perlu ditampal.
- Buku itu disusunkan mengikut nombor siri. Sekiranya nombor siri pada permukaan
luar buku itu kurang jelas, periksa dan carikannya dalam ruangan Cop No. Siri
pada permukaan dalam buku itu. Jika 2 buku mempunyai nombor siri yang sama,
keluarkan satu daripada buku-buku itu dan letakkan buku itu di tempat yang
terakhir dan tukarkan nombor sirinya selepas semua buku telah disusunkan.
- Apabila semua buku siap disusun, buku-buku itu perlu direkod dalam Buku
Rekod. Maklumat yang perlu dicatatkan adalah seperti no.siri, bilangan, matapelajaran
dan tingkatan.
- Pada permulaan persekolahan, buku-buku teks akan diserahkan kepada mereka
yang layak meminjam.
- Berikut ialah carta aliran tentang proses pengumpulan dan pengedaran buku
SPBT:

Buku baru dan buku lama
- Buku SPBT dibahagikan kepada buku lama dan buku baru.
- Buku lama akan dihapuskan dan buku yang tidak boleh digunakan untuk sukatan
pelajaran KBSM akan dipulangkan kepada Jabatan Pendidikan.
- Buku baru akan dicap nombor siri dan cap pengguna.
Operasi Perampasan Buku SPBT
- Buku SPBT perlu dibawa balik oleh pemohon SPBT pada setiap. Mereka tidak
dibenarkan meninggalkan buku SPBT di kelas untuk mengelakkan masalah kehilangan
buku SPBT.
- Oleh itu, operasi perampasan buku SPBT akan dijalankan pada akhir tahun
sebelum buku-buku itu dikumpulkan sebagai dendaan kepada pelajar yang meninggalkan
buku SPBT di kelas.
- Pelajar perlu menggantikan buku yang telah dirampas dengan membeli buku
yang baru atau membelinya daripada kawan.
Kaedah menjalankan Operasi Perampasan Buku SPBT
- Amaran perlu diumumkan pada waktu pagi semasa perhimpunan dijalankan sebelum
melaksanakan Operasi Perampasan Buku SPBT.
- Operasi tersebut akan dijalankan pada hari yang seterusnya selepas amaran
diberikan kepada pelajar.
- Pengawas Pusat Sumber akan membuat rodaan untuk setiap kelas pada waktu
pagi, iaitu sebelum perhimpunan dan pada waktu selepas sekolah. Buku yang
ditinggalkan di dalam kelas atau almari yang tidak dikuncikan akan dirampaskan.
- Buku yang dirampaskan perlu diletakkan di Bilik SPBT dan tuliskan notis
tentang perampasan buku SPBT di papan hitam setiap kelas yang telah diperiksa
supaya pelajar tidak terkejut akibat kehilangan buku SPBTnya.
Panduan Tugas