Panduan Tugas

  1. Tugas Pusat Sumber
  2. Tugas Sudut Bacaan
  3. Tugas SPBT
  4. Tugas Stock Checking
  5. Tugas Projek Tayangan Video
  1. Pusat Sumber

Umum

  1. Tugas yang paling utama ialah membantu AJK atau bertindak bersendirin dalam tugas peminjaman atau pemulangan alat-alat yang terdapat di Pusat Sumber.
  2. Memberikan penerangan kepada guru-guru tentang cara menggunakan alat-alat (jika perlu).
  3. Oleh itu, semua pengawas Pusat Sumber haruslah tahu selok-belok bilik Pusat Sumber, cara-cara menggunakan semua alat Pusat Sumber, dan juga cara-cara merekod.
  4. Membersihkan kawasan Pusat Sumber.

Buku Rekod

  1. Buku rekod boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
  1. alat pinjaman - untuk merekod semua alat kecuali alat elektronik. Alat yang direkod dalam buku ini termasuklah carta, peta, bahan Matematik dan lain-lain.
  2. alat elektronik - untuk merekodkan semua alat elektronik, misalnya radio, kaset, pita video.
  1. Terdapat banyak ruangan yang mesti diisikan.
  2. Untuk seseorang pengawas biasa, ruangan tandatangan AJK tidak dibenarkan untuk diisikan. Semasa ketiadaan AJK, seseorang pengawas dikehendaki menurunkan tandatangan di ruang tersebut dengan pensel dan perlu diperiksa oleh AJK.

 

Nota:

  1. Untuk mengetahui Pusat Sumber dengan lebih lanjut, pihak Lembaga sentiasa mengadakan Seminar yang menerangkan Pusat Sumber atau seseorang boleh bertanya kepada AJK.
  2. Seseorang pengawas haruslah menggunakan sepenuh masanya bertugas di Pusat Sumber untuk belajar sepenuhnya selok-belok Pusat Sumber.

Panduan Tugas