Panduan Tugas
- Tugas Pusat Sumber
- Tugas Sudut Bacaan
- Tugas SPBT
- Tugas Stock Checking
- Tugas Projek Tayangan Video
- Sudut Bacaan
Umum
- Secara ringkas, tugas di Sudut Bacaan pada masa rehat adalah mengawal pelajar-pelajar
daripada membuat kacau atau bising, mengoyak suratkhabar, memakan, meminum,
mengotorkan kawasan sudat bacaan atau bersandar di tembok Sudut Bacaan.
- Pada setiap pagi pada pukul 7.10 a.m., pengawas Pusat Sumber perlu membaharui
suratkhabar.
- Pengawas juga harus membaharui majalah-majalah di Sudut Bacaan pada setiap
bulan.
- Pada waktu Rehat Pertama pada pukul 10.25 pagi dan Rehat Kedua pada pukul
11/05 pagi, pengawas perlu datang untuk bertugas bagi mengawal keadaan di
Sudut Bacaan.
- Pengawas perlu mengarahkan pelajar di Sudut Bacaan balik ke kelas masing-masing
apabila waktu rehat telah tamat setelah mendapat arahan daripada Ketua Junior
atau Penolong Ketua Junior atau AJK.
- Majalah perlu dipamerkan pada setiap waktu pagi dan disimpan pada waktu
selepas sekolah.
Cara menegur pelajar yang berbuat kesalahan
- Untuk mengawal mereka, seseorang pengawas Pusat Sumber harus sentiasa mengawasi
sekeliling mereka. Apabila nampak seseorang pelajar yang membuat sesuatu kesalahan,
seseorang pengawas harus cuba untuk menegur dia dengan cara yang lembut dan
bersopan-santun.
- Jika pelajar tersebut masih berdegil, berikan amaran dan sekiranya mereka
tidak mempedulikan amaran tersebut, berikan amaran kedua.
- Untuk tindakan seterusnya, seseorang pengawas dibenarkan menghalau pelajar
tersebut keluar dari kawasan Sudut Bacaan.
- Jika seseorang pengawas tidak dapat mengawal pelajar tersebut, pengawas
itu harus mendapatkan bantuan daripada pengawas Pusat Sumber yang lain atau
menyerahkan pelajar tersebut kepada AJK.
- Jika AJK gagal mengawal juga, serahkan dia kepada guru disiplin.
Panduan Tugas